Html Free Code

Saturday 25 June 2011

unaina
Abu Talhah dengan solatnya
Pada suatu hari, Abu Talhah r.a sedang mendirikan solat di dalam kebunnya. tiba-tiba perhatiannya tertumpu kepada seekor burung yang sesat antara rimbunan daun-daun yang tebal. matanya mengikut gerak-geri burung itu sehingga beliau terlupa bilangan rakaat yang sudah dilakukannya. Kelalaiannya menimbulkan kekesalan yang amat sangat dalam hatinya. Selepas mengakhiri solatnya itu, beliau berjalan menuju ke rumah Rasulullah s.a.w. Setibanya di hadapan baginda, beliau berkata, 'Wahai Rasulullah, kebunku menyebabkan aku lalai dalam solat. aku dermakannya pada jalan Allah. tolonglah gunakannya dengan cara yang sebaik-baiknya. Peristiwa yang hampir-hampir sama juga berlaku kepada seorang ansar. Dia mendirikan solat di dalam kebunnya. Tiba-tiba matanya terpandang kepada buah-buahan yang masak ranum bergantungan di dahan pokok-pokonya. Ini menyebabkan dia lupa bilangan rakaat yang sudah dikerjakan. hatinya sedih tidak terkira. dia menyerahkan kebunnya itu kepada Saidina Uthman. lalu Saidina Uthman menjualnya sebanyak 50000 dirham dan wang itu dibelanjakan di jalan Allah.

No comments:

Post a Comment